lalalalalalala

My photo
Otak berfikir mulut bercakap tangan menulis. Kata-kata pujangga sekadar hiasan hati pada duka lara.

Saturday, January 5, 2013

Pergilah jauh - jauh !

Payah kalau ada insan seperti dia. Yang tak kenal erti bersyukur. Mencintai seorang wanita pun susah untuk dia setia, apakan lagi kalau beristeri. Seorang insan yang aku kenali setahun yang lalu membuatkan aku sedar betapa peritnya bila diri si suami mula berlaku curang. Si A berteman rapat dengkan ku. Rakan se-kepala denganku. Namun beberapa bulan selepas perkenalan, dia mula menghilangkan diri dariku sehinggalah satu detik aku mengetahui A telah berumah tangga. What a life ! But that not an issue that i'm going to tell. Kenapa baru sekarang A hadir semula dengan mengungkapkan kata - kata pujangga untuk meminta maaf. Aku tidaklah sekejam mana tapi aku telah lama memaafkan dirimu walaupun aku perit sekian lama. Cukuplah segala pendustaan yang telah kau berikan. Aku penat dengan permainanmu sahabat. Cuma aku minta, tolonglah setia dan jujur dengan isterimu kerana aku tahu betapa sakitnya hati bila insan yang kita sayang, yang kita puja yang kita sanjung akan menjadi milik orang lain.

No comments:

Post a Comment