lalalalalalala

My photo
Otak berfikir mulut bercakap tangan menulis. Kata-kata pujangga sekadar hiasan hati pada duka lara.

Thursday, September 6, 2012

apa bezanya miskin dan kaya?

jauh termenung di luar jendela membuatkan diriku teringat salasilah keluargaku
aku hidup sederhana. tidak KAYA dan tidak jugalah MISKIN. ala kadar sudah mencukupi bagiku untuk mengenali kehidupan dan erti perjuangan.
aku teringat kata-kata seorang yang aku kenali. mungkin kata-katanya sekadar gurauan tapi bagiku itu adalah satu sindiran.
aku tidaklah kaya untuk memiliki sesuatu yang amat berharga dan amat bernilai.
melainkan aku ingin memiliki sesuatu benda seperti kasut VANS yang belum mampu aku miliki kerana kewangan ku belum kukuh seperti orang lain.
aku terdiam sejenak dengan kata-katanya bila si dia membezakan darjat dan kekayaan nya untuk memiliki sesuatu.
OH ! KENAPA MESTI AKU TERASA ?! 
well, sedarkah kau wahai sahabat. kekayaan masa sekarang tiada ertinya kalau kita miskin di dunia akhirat. aku tidaklah seALIM paderi ataupun sister yang berada di gereja tapi aku pernah mempelajarinya dahulu.
bagiku, apa yang kau inginkan mungkin mudah untuk kau perolehi sebab keluarga kau orang kaya-kaya. tapi itu bukan duit dari titik peluh kau sendiri. BANGKITLAH DENGAN KAKI DAN TANGAN KAU SENDIRI. jauhkan dirimu dari bawah ketiak ibu bapamu...
bukan niat ku untuk meng'aibkan atau memburukan seseorang tapi cuma membuat satu pendapat.

Ya Tuhan, aku berterima kasih padaMu kerana aku tidaklah angkuh seperti seseorang. cukuplah aku mengerti kehidupan dan perjuangan ku selama ini. aku cuma doakan supaya seseorang yang aku kenal ini dapat membuat renungan kepada dirinya sendiri sebelum menguriskan hati kecil orang lain.

No comments:

Post a Comment